Soalan-Soalan Lazim

1. Mengapa laman web RTB Sungai Perai dibangunkan ?


Laman web RTB Sungai Perai dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi medium atau saluran dalam mendapatkan maklumat mengenai projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh RTB Sungai Perai.

2. Apakan skop utama projek-projek pembangunan yang dilaksanakan RTB Sungai Perai ?

Secara dasarnya, RTB Sungai Perai melaksanakan projek-projek tebatan banjir sebagai langkah dan usaha JPS dalam mengurangkan risiko banjir kepada penduduk.

3. Di manakah saya boleh mendapatkan data tentang curahan hujan dan aliran sungai?

Maklumat ini diterbitkan setiap tahun oleh Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran yang terletak di Cawangan Ibu Pejabat di Jalan Ampang (Tel: 03-4256 2657).  Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi kini sedang membangunkan suatu sistem pangkalan data yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Hidrografi (HIS - Hydrologic Information System) yang berupaya untuk membekalkan maklumat dalam talian. JPS juga mengumpul beberapa maklumat tentang kualiti air terutamanya tentang beban endapan. Untuk butir-butir lanjut,  http://h2o.water.gov.my/

4. Bolehkah sesiapa memohon untuk menggunakan tanah yang ditetapkan sebagai "Rizab Sungai"?

Secara umumnya JPS tidak menggalakkan permohonan untuk menggunakan rizab sungai kerana kami perlu memasukinya pada bila-bila masa untuk kerja pembaikan kecemasan dan juga untuk penyelenggaraan sungai. Walau bagaimanapun, kami mungkin mempertimbangkan permohonan tertentu berdasarkan kes demi kes.

5. Kepada siapakah saya mengadu tentang masalah-masalah pencemaran sungai?

Kami menghargai maklumat tentang sebab-sebab dan juga punca pencemaran sungai. JPS bukan pihak berkuasa penguatkuasaan bagi kawalan pencemaran, kami biasanya akan merujuk perkara penguatkuasaan kepada Jabatan Alam Sekitar.

6.    Bagaimana untuk saya menghubungi RTB Sungai Perai ?

Anda boleh menghubungi pejabat ini melalui alamat, nombor telefon dan nombor faks seperti dibawah :

Pejabat Jurutera Projek

Rancangan Tebatan Banjir Sungai Perai

Kompleks Jabatan Pengairan Dan Saliran,

Jalan Bukit Tengah,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

No Telefon :               04-5080129 / 04-5080103

No Faks :                      04-5080135

Kemaskini Terakhir :Khamis 12 Julai 2012, 11:25