Latar Belakang

LATAR BELAKANG PENUBUHAN PEJABAT JURUTERA PROJEK, RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI PERAI

 

Rancangan Tebatan Banjir Sungai Perai ini dilancarkan pada 16 April 2001 ekoran kejadian banjir besar yang kerap kali berlaku di kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah. Peruntukan sebanyak RM 40 juta diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke 8 bagi menangani kejadian banjir kilat ini.

Rancangan Tebatan Banjir Sungai Perai atau lebih dikenali sebagai RTB Sg. Perai. Diawal penubuhannya ia diterajui oleh seorang Jurutera J41 dan dibantu oleh seorang Pembantu Teknik Kanan J36 dan Juruteknik J17. Kemudian jumlah kakitangan telah bertambah kepada 17 orang yang terdiri dari seorang Jurutera Projek (J48), 2 orang Jurutera J41, seorang Pembantu Teknik Kanan (J36), 3 orang Pembantu Teknik (J29), 7 orang Juruteknik (J17) , seorang Pembantu Tadbir (N17) dan seorang Pembantu Am Pejabat (N1). Pada 1 September 2008, pihak jabatan telah menempatkan Jurutera Gred J54 selaku jurutera projek bagi mengetuai pejabat projek ini. Ia beroperasi di Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Tengah selama 2 bulan sebelum berpindah ke rumah kedai di No 1C, Tingkat 3, Jalan Todak 5, Bandar Sunway pada bulan Jun 2001. RTB Sg. Perai beroperasi di bangunan tersebut selama 3 tahun dan kemudian berpindah lagi ke lokasi yang lebih strategik di No. 12, Tingkat 1, Jalan Todak 2, Bandar Sunway. Pada Oktober 2004, RTB Sg. Perai telah diamanahkan untuk menyelia Projek RTB Bertam-Kepala Batas dan sekumpulan kakitangan telah ditempatkan di pejabat projek di Taman Seri Indah, Jalan Dato’ Hj. Ahmad Badawi. Setelah 8 tahun beroperasi di Pusat Bandar Seberang Jaya, pada Oktober 2009 pejabat projek telah berpindah ke bangunan Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Tengah yang baru di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Pada April 2010, kakitangan di pejabat projek RTB Bertam-Kepala Batas telah berpindah ke Kompleks JPS Jalan Bukit Tengah  bagi menyertai kakitangan RTB Sg. Perai yang lain.

Pejabat Jurutera Projek RTB Sungai Perai sentiasa berusaha dan bersedia dalam menjayakan misi jabatan dalam mencapai taraf organisasi bertaraf dunia menjelang 2010. Sepanjang penubuhannya, Pejabat Jurutera Projek RTB Sungai Perai telah mencipta beberapa kejayaan cemerlang, antaranya Anugerah Kualiti Pengurusan Projek 2007 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Kemaskini Terakhir :Khamis 12 Julai 2012, 11:25