Latar Belakang

Artikel Index
Latar Belakang
Pakej
Objektif dan Skop Projek
Pelan Lokasi
Semua Muka

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Perai , P.Pinang ini telah dimulakan di bawah Rancangan Malaysia ke-8. Perlaksanaan projek ini melibatkan usaha bersama dan peranan bersepadu pelbagai jabatan dan agensi persekutuan di Negeri P.Pinang di mana setiap satu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Projek ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke 8 dengan peruntukan asal berjumlah RM 40 juta.

Kawasan tadahan Sungai Perai adalah seluas 505 km persegi merangkumi tributari-tributari utama iaitu Sg. Kulim, Sungai Jarak, Sungai Kereh, Sungai Pertama/Derhaka dan Sungai Maklom/Tok Sani . Kawasan tadahan di sebelah hulu adalah kawasan berbukit-bukit dan hutan tebal. Manakala aliran air sungai di sebelah hilir adalah perlahan dan berlumpur. Ini adalah disebabkan pembangunan yang pesat dijalankan di sekitar kawasan tersebut. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Juruperunding Jurutera Konsultan ( 1994 – 1995 ) telah mencadangkan kerja-kerja terperinci seperti berikut :

a.  Kerja mendalamkan sungai

b.  Membina dan meninggikan ban

c.  Membina parit-parit selari

d.  Membina struktur-struktur kawalan

e. Memperindahkan tebing-tebing sungai

f.  Pembinaan stesen pam

g. Pembinaan dan naiktaraf parit konkrit

h. Pembinaan ban batu

i.  Pemasangan kelengkapan di tepi jalan dan lain-lain pembinaan

 



Kemaskini Terakhir :Khamis 12 Julai 2012, 11:25