Latar Belakang

Artikel Index
Latar Belakang
Pakej
Objektif dan Skop Projek
Pelan Lokasi
Semua Muka

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Perai , P.Pinang ini telah dimulakan di bawah Rancangan Malaysia ke-8. Perlaksanaan projek ini melibatkan usaha bersama dan peranan bersepadu pelbagai jabatan dan agensi persekutuan di Negeri P.Pinang di mana setiap satu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Projek ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke 8 dengan peruntukan asal berjumlah RM 40 juta.

Kawasan tadahan Sungai Perai adalah seluas 505 km persegi merangkumi tributari-tributari utama iaitu Sg. Kulim, Sungai Jarak, Sungai Kereh, Sungai Pertama/Derhaka dan Sungai Maklom/Tok Sani . Kawasan tadahan di sebelah hulu adalah kawasan berbukit-bukit dan hutan tebal. Manakala aliran air sungai di sebelah hilir adalah perlahan dan berlumpur. Ini adalah disebabkan pembangunan yang pesat dijalankan di sekitar kawasan tersebut. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Juruperunding Jurutera Konsultan ( 1994 – 1995 ) telah mencadangkan kerja-kerja terperinci seperti berikut :

a.  Kerja mendalamkan sungai

b.  Membina dan meninggikan ban

c.  Membina parit-parit selari

d.  Membina struktur-struktur kawalan

e. Memperindahkan tebing-tebing sungai

f.  Pembinaan stesen pam

g. Pembinaan dan naiktaraf parit konkrit

h. Pembinaan ban batu

i.  Pemasangan kelengkapan di tepi jalan dan lain-lain pembinaan

 


Projek tebatan banjir ini melibatkan kerja mempertingkatkan keupayaan Sungai Perai dan anak-anak sungai utamanya dan dalam masa yang sama mengawal limpahan air dari sungai-sungai dalam sistem Sungai Perai tersebut. Kerja-kerja pengindahan tebing sungai dan persekitaran akan turut disediakan supaya ianya menjadi tumpuan rekreasi dan riadah penduduk setempat dan pelancongan. Projek ini merangkumi  pembangunan Sungai Perai dan semua anak-anak sungai utama seperti Sungai Jarak, Sungai Kereh, Sungai Pertama, Sungai Tok Sani / Sg. Maklom dan Sungai Kulim. Kerajaan telah menganugerahkan kontrak ini kepada Redmax Sdn. Bhd. dan Kumpulan Perhubungan Sdn. Bhd. ( Joint Venture) bagi menjalankan kerja-kerja penyiasatan, mengkaji semula kajian kemungkinan, perancangan dan rekabentuk terperinci dan pelaksanaan projek secara `design and build’.  Projek ini pada asalnya diwujudkan sebagai satu projek sahaja, namun begitu bagi memudahkan pelaksanaannya telah dibahagikan kepada 3 sub-pakej :

i )     Pakej 1A  - Merangkumi Sungai Pertama / Derhaka dan Sungai Maklom / Tok  Sani (Peringkat 1, 4, 5 dan 7)

( Projek telahpun siap pada 11.10.2003)

 

 

ii )     Pakej 2   -  Merangkumi Sungai Perai, Sungai Jarak, Sungai Kereh dan Sungai Kulim

( Projek telahpun siap pada 30.6.2008)

 

iii)      Pakej 1B  -

a) Peringkat 2 – Merangkumi Sg. Pertama (Ch2100 – Ch3500)

(Dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada 30.12.2010)

b) Merangkumi Sungai Pertama dan Sungai Maklom (Peringkat 3, 4a dan 6)

(  Masih di dalam peringkat perancangan)


 


 

 

1. OBJEKTIF

 

Melindungi nyawa dan harta serta memberi maklumbalas dengan kadar segera ketika berlaku banjir, mengurangkan kerosakan akibat banjir dan menyumbangkan ke arah membina persekitaran ‘ bebas banjir’ yang boleh menjalankan aktiviti dan perkembangan sosial ekonomi. Ianya juga bertujuan agar kawasan ekonomik dapat dilindungi dari kesan-kesan banjir.

 

2. SKOP PROJEK

i) PAKEJ 1A

  • Mendalam dan melebarkan sungai serta pembinaan ban:
    • Sungai Pertama/Derhaka - 4.3 km
    • Sungai Maklom/Tok Sani -  4.9 km
  • Pembinaan pintu air pasang surut di Sg Pertama
  • Pembinaan struktur kawalan saliran
  • Pembinaan jambatan-jambatan untuk kenderaan  ringan dan sederhana

 

ii) PAKEJ 2

  • Mendalam dan melebarkan sungai serta pembinaan ban:
    • Sg Perai  -  7.3 km
    • Sg Kereh - 1.9 km
    • Sg Jarak  -  9.5 km
    • Sg Kulim  - 10.1 km
  • Melebarkan Ibu Bekalan air di Sg Kulim
  • Pembinaan struktur kawalan saliran .
  • Pembinaan jambatan-jambatan kenderan ringan dan sederhana.

 

iii)       Pakej 1B (Peringkat 2)

  • Mendalam dan melebarkan sungai serta pembinaan ban:
    • Sungai Pertama - 1.4 km
  • Pembinaan tembok penahan jenis wellguard
    • Pembinaan struktur kawalan saliran

 


Kemaskini Terakhir :Khamis 12 Julai 2012, 11:25