Latarbelakang

Artikel Index
Latarbelakang
Kawasan Tadahan dan Kawasan Banjir
Lokasi Projek
Kejadian Banjir
Semua Muka

 

RTB Sungai Junjung (Fasa 1)


Projek RTB Sungai Junjung dilaksanakan mulai 13 Ogos 2007 sebagai langkah segera untuk mengatasi masalah banjir di sekitar lembangan Sungai Junjung.

Bagi fasa 1 projek ini, ianya melibatkan kawasan sepanjang 3.6 km daripada keseluruhan Sungai Junjung dan telah siap pada 11 November 2008. Kos asal bagi perlaksanaan projek ini ialah RM 9,525,408.00.

Antara skop kerja yang dilaksanakan dalam projek ini ialah:

  • Mendalamkan dan melebarkan sungai
  • Membina tembok penahan konkrit (Well Guard)
  • Memperindah tebing-tebing sungai
  • Membaikpulih ban

Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan iaitu Award Consortium Sdn. Bhd. Manakala juruperunding yang dilantik ialah RPM Engineers Sdn. Bhd.

Objektif Projek
Mendalam dan melebarkan Sungai Junjung serta membina tembok penahan konkrit bagi menangani risiko banjir.

 



Kemaskini Terakhir :Khamis 12 Julai 2012, 11:25