Perutusan Jurutera Projek


Perutusan Jurutera Projek

Assalamualaikum WRT. WBR dan Salam 1Malaysia.

Selamat datang kepada pengunjung ke Laman Web Pejabat Jurutera Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Perai, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pulau Pinang. Akhirnya Laman Web pejabat ini dapat dipaparkan dalam internet setelah usaha-usaha mengatasi halangan dan rintangan. Saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih pada kakitangan yang terlibat dan menjayakan Laman Web ini dan dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2010 .

Untuk makluman pengunjung Laman Web, Pejabat ini bertanggungjawab menjalankan Projek-Projek Persekutuan Tebatan Banjir di Pulau Pinang sejak tahun 2004 bagi mengurangkan kejadian banjir. Pejabat ini buat masa kini bukan sahaja melaksanakan projek rancangan tebatan banjir di Sungai Perai tetapi kawasan Bertam/Kepala Batas dan Sungai Junjung Fasa 1. Banjir boleh dikurangkan melalui langkah-langkah penyediaan/pembinaan infrastruktur dan bukan infrastruktur. Projek-Projek yang dijalankan oleh pejabat ini adalah berbentuk pembinaan infrastruktur seperti mendalam/melebarkan sungai, membina benteng sungai daripada tanah atau konkrit, struktur seperti kunci air, jambatan dan sebagainya yang berkait dengan mengurangkan banjir. Segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk semasa projek ini berjalan amat dikesali, walaubagaimanapun pada jangka panjang projek ini bertujuan memberi faedah pada penduduk yang terlibat dengan banjir.

Laman Web ini, sedikit sebanyak memberi penerangan dan maklumat tentang projek yang telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan oleh Pejabat ini serta maklumat teknikal dan lain-lain aktiviti yang akan dimasukkan/dipertingkatkan dari masa ke semasa. Saya harap semua pengunjung terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan projek akan dapat menafaatkannya dari Laman Web ini samada menambah ilmu, sifat ingin tahu, maklumat terkini atau penyelidikan.

Pejabat ini terbuka menerima pandangan penambahbaikan Laman Web dan juga teguran terhadap perkhidmatan yang dijalankan semasa menjalankan projek. Laman Web ini menyediakan elemen komunikasi dua hala dan pengunjung boleh berinterasi dengan kami.

Selamat melayari Laman Web kami.

Sekian, Terima Kasih.

Azli Bin Ayub

Jurutera Projek


Kemaskini Terakhir :Khamis 12 Julai 2012, 11:25