Fungsi Bahagian Ukur Bahan

a)      Mengawalselia dan memastikan proses dan prosedur kontrak dari segi bayaran, perubahan kerja dan lain-lain dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

b)     Mengkoordinasi kerja Ukur Bahan antara bahagian Ukur Bahan dengan Unit Pembinaan dan JPS Negeri.

 

c)      Membantu pihak pengurusan dengan memberi khidmat nasihat berhubung aspek-aspek pentadbiran dan pengurusan kontrak.

 

d)     Memastikan proses dan prosedur kerajaan, perubahan kerja dan lain – lain dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

e)      Menyemak dokumen sokongan dan bil-bil yang dikemukakan oleh kontraktor agar teratur dan lengkap.

 

f)       Menyemak bayaran kemajuan yang dikemukakan oleh kontraktor supaya betul dan teratur.

 

g)     Penyeragaman penggunaan borang-borang/dokumen kontrak.

 

Kemaskini Terakhir :Khamis 12 Julai 2012, 11:25