Perutusan Pengerusi Print

 

 

 

Assalamualaikum w.h.b dan salam sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, tertunailah juga hasrat murni PUSPANITA JPS mewujudkan laman webnya bersesuaian dengan perkembangan ICT di negara ini.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web PUSPANITA JPS yang  telah  berjaya  mengorak  langkah  sebagai menggantikan bidang

penerbitan yang selalunya akan menelan kos yang tinggi.

Saya percaya dengan adanya laman web ini  semua warga JPS di seluruh Malaysia akan dapat mengikut perkembangan dan peristiwa semasa yang berlaku dalam PUSPANITA JPS. Di samping itu, sesiapa yang berminat  juga boleh  turut mencapai dan  melayari laman web  kita  untuk  bertukar-tukar  maklumat.

Sekian.

YBhg. Datin siti Kustina bt Yunus
Wanita Sepakat Negara Meningkat