Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) Print

Dimaklumkan PUSPANITA KEBANGSAAN telah menubuhkan kemudahan TLP untuk kegunaan ahli dan anak-anak ahli PUSPANITA. Bantuan kewangan yang ditawarkan
adalah:-

A.      Bantuan Kewangan Pendaftaran

- Terbuka kepada ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini dipanjangkan kepada anak ahli-ahli;
- Keutamaan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan PUSPANITA;
- Permohonan dibuat dengan mengisi Borang Permohonan TLP (BRG.TLP/1.09).
- Jumlah pendapatan ahli tidak melebihi RM7,000.00
- Pengajian adalah diperingkat Sijil/Matrikulasi/Diploma/Ijazah di institusi terpilih seperti senarai Jadual 1;
- Permohonan dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh pendaftaran di IPTA; mohon hantar kepada Biro Pendidikan minggu ke-2 selepas pendaftaran;
- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan;

  • Kad Ahli;
  • Resit keahlian Terkini
  • Kad Pengenalan anak
  • Sijil Kelahiran anak
  • Slip gaji terkini/kad pencen ahli;
  • Surat tawaran daripada IPTA
  • Resit pembayaran pendaftaran;
  • Muka hadapan buku akaun ahli/slip pengesahan bank

- Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Biro Pendidikan, PUSPANITA JPS Malaysia selewat-lewatnya minggu ke-2 selepas pendaftaran.


B.      Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang

- Terbuka kepada ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini dipanjangkan kepada anak ahli-ahli;

- Keutamaan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif didalam persatuan PUSPANITA;

- Bantuan Insentif ini hanya bagi pengajian peringkat Sijil/Diploma/Ijazah yang memperolehi CGPA 3.50 dan ke atas di institusi terpilih seperti di Jadual 1;

- Tiada had pendapatan ibubapa;

- Permohonan dibuat dengan mengisi Borang Permohonan TLP (BRG.TLP/1.09).

- Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 91) bulan mulai tarikh keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan; mohon hantar kepada Biro Pendidikan minggu ke-2 selepas keputusan peperiksaan akhir keluar;

- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan

  • Kad Ahli;
  • Resit keahlian Terkini
  • Kad Pengenalan anak
  • Sijil Kelahiran anak
  • Surat akuan tamat pengajian daripada IPTA;
  • Keputusan peperiksaan akhir;
  • Muka hadapan buku akaun ahli/slip pengesahan bank

- Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Biro Pendidikan, PUSPANITA JPS Malaysia selewat-lewatnya minggu ke-2 selepas keputusan peperiksaan akhir keluar.


Keterangan lanjut boleh menghubungi Puan Lailatulakma Kamarazaman di talian 03-26973179.