HomeNews Archive2007Fungsi terowong SMART
  • PDF
  • Print

Utusan Malaysia, 14 Jun 2007

 

Fungsi terowong SMART

 

KUALA LUMPUR 13 Jun – Projek Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang telah dibuka kepada kenderaan pada 14 Mei lalu mempunyai dwifungsi iaitu sebagai jalan alternatif ke ibu negara dan untuk untuk mengalirkan air banjir ketika berlaku hujan lebat.

Menurut kenyataan SMART, secara asasnya terowong itu mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.

Laluan bagi dek atas bermula dari Kampung Pandan ke Sungai Besi sementara dek bawah bermula dari Sungai Besi ke Jalan Tun Razak dan pengguna yang melaluinya akan dikenakan tol sebanyak RM2.

Sebagai persediaan risiko banjir, terowong berharga RM1.9 bilion itu dilengkapi dua lapisan pintu kawalan air automatik di kedua-dua penghujung terowong iaitu di Sungai Besi dan Bulatan Kampung Pandan.

Dalam konteks keselamatan dan keselesaan pula terowong itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti lif bomba, tangga kecemasan, alat telekomunikasi, alat memadam kebakaran serta peralatan bantuan kecemasan.

Syaf pengaliran udara turut disediakan, berfungsi memperbaharui udara dan mengekalkan kualiti udara di dalam terowong.

Syaf itu dilengkapi dengan kipas yang akan menyedut udara bersih masuk ke terowong dan mengeluarkan udara kotor serta mengawal asap kebakaran sekiranya berlaku kemalangan.

Ia direka sedemikian rupa bagi menjamin kualiti udara di dalam terowong.

Terowong itu turut dilengkapi penerimaan frekuensi telefon bimbit dan radio bagi memudahkan orang ramai berhubung.

Had laju yang ditetapkan pada setiap kenderaan yang melalui terowong berkenaan ialah 60 kilometer sejam.

Kenderaan besar melebihi ketinggian dua meter dan motosikal tidak dibenarkan melalui terowong itu.

Pengguna juga dilarang memberhentikan kenderaan mereka kecuali di laluan kecemasan di sebelah kiri jalan.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan kenderaan pihak pengendali terowong akan memantau setiap pergerakan melalui sistem litar kamera tertutup (CCTV).

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistics of Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday176
mod_vvisit_counterYesterday129
mod_vvisit_counterThis week588
mod_vvisit_counterLast week930
mod_vvisit_counterThis month3015
mod_vvisit_counterLast month2904
mod_vvisit_counterAll days2106285

We have: 5 guests, 2 bots online
Your IP: 3.137.172.68
Mozilla 5.0, 
Today: Apr 25, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com