HomeNews Archive2007SMART ditutup elak orang ramai cemas – Keizrul
  • PDF
  • Print

Utusan Malaysia, 19/11/2007

SMART ditutup elak orang ramai cemas – Keizrul

 

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Penutupan laluan Pengurusan Air Banjir dan Terowong Jalan (SMART) selama empat hari sejak Selasa lalu dibuat bagi mengelakkan keadaan cemas di kalangan pemandu yang menggunakan laluan tersebut ke pusat bandar.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah berkata, pihaknya tidak mahu pemandu merasa bimbang apabila melalui laluan SMART dan ia dinaiki air.

‘‘Biarlah bersesak sedikit di jalan raya, kita tidak mahu perkara buruk berlaku dalam terowong ketika hujan lebat kerana pengguna masih tidak memahami fungsi sebenar SMART,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, penutupan terowong itu selama empat hari tiada kaitan dengan ketidakupayaan SMART untuk menangani risiko mengawal aliran air banjir tetapi sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk menutup terowong itu sebab isipadu takungan air (aliran dari Sungai Klang) melebihi paras bahaya iaitu 300 meter padu sesaat.

‘‘Fungsi utama SMART bukan mengelakkan kesesakan lalu lintas tetapi untuk menampung air banjir.

‘‘Saya ingin memperbetulkan persepsi orang ramai. Terowong ini sekadar laluan alternatif. Masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota telah berlaku sejak dahulu lagi, bukan kerana terowong SMART ditutup,’’ katanya.

Beliau mengulas rungutan orang ramai mengenai penutupan terowong itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk.

Menurut Keizrul, walaupun hanya bahagian paling bawah terowong itu digunakan untuk mengalirkan air, terowong tersebut tetap ditutup atas faktor keselamatan.

‘‘Tekanan udara yang wujud dalam terowong berikutan proses pengaliran air yang sedang berlaku boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan,” katanya.

Beliau menambah, selepas proses pengepaman selesai, terowong itu boleh dibuka semula untuk kenderaan tetapi jika hujan lebat, ia perlu terus ditutup untuk sementara waktu.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistics of Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday34
mod_vvisit_counterYesterday129
mod_vvisit_counterThis week446
mod_vvisit_counterLast week930
mod_vvisit_counterThis month2873
mod_vvisit_counterLast month2904
mod_vvisit_counterAll days2106143

We have: 3 guests online
Your IP: 18.217.60.35
Mozilla 5.0, 
Today: Apr 25, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com