HomeNews Archive2007Jangan salahkan SMART – Samy Vellu
  • PDF
  • Print

Utusan Malaysia, 12/06/2007

Jangan salahkan SMART – Samy Vellu

KUALA LUMPUR 11 Jun – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu meminta orang ramai tidak menyalahkan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) berikutan kegagalan mengatasi banjir besar di ibu negara malam semalam kerana terowong tersebut belum beroperasi sepenuhnya.

Samy Vellu memberitahu, pada masa ini hanya lebuh raya terowong sahaja yang beroperasi manakala terowong untuk mengalirkan air banjir belum dapat beroperasi.

‘‘Saya percaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mengendalikan projek tersebut telah melakukan sebaik mungkin untuk mengelakkan kejadian banjir di ibu negara,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Samy Vellu diminta mengulas kejadian banjir di ibu negara yang disifatkan terburuk sejak 2003 apabila beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air sehingga satu meter.

Antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir ialah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh, Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.

Dataran Merdeka yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami separas pinggang.

Tambah beliau, sekiranya banjir mahu diatasi sepenuhnya di ibu negara, kerajaan harus membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk membaiki sungai termasuk mendalamkan sungai hingga ke laut.

Samy Vellu yang juga Presiden MIC berkata, banjir malam semalam juga menyebabkan ibu pejabat parti itu mengalami kerosakan bernilai RM800,000 yang melibatkan sistem elektrik bangunan, lif, tempat meletak kereta dan dewan.

Terowong SMART yang membabitkan kos lebih RM2 bilion mula dibina sejak 2003 sepanjang 9.7 kilometer merupakan projek pertama di dunia yang mempunyai dwifungsi utama.

Peranan pertamanya untuk mengalih air berlebihan ketika banjir kilat dari Sungai Klang dan Sungai Ampang untuk mengelakkannya memasuki pusat bandar raya.

Ia juga menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas khususnya kepada pengguna jalan raya dari arah selatan menuju pusat bandar raya yang membabitkan laluan sepanjang

Laluan kereta sepanjang sepanjang empat kilometer itu menyambungkan ke Jalan Sultan Ismail, di hadapan Hotel Parkroyal dan satu lagi ke Jalan Tun Razak berhadapan Bangunan RHB Bank.

Terowong bawah tanah berukuran garis pusat 11.8 meter bermula dari Kampung Berembang dekat Hospital Gleneagles di Jalan Ampang di kuala Sungai Ampang dan melalui d bawah beberapa bahagian bandar raya sebelum ia berakhir di kolam simpanan air di Taman Desa dekat Jalan Klang Lama.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistics of Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday6
mod_vvisit_counterYesterday259
mod_vvisit_counterThis week783
mod_vvisit_counterLast week674
mod_vvisit_counterThis month2280
mod_vvisit_counterLast month2904
mod_vvisit_counterAll days2105550

We have: 3 guests online
Your IP: 18.191.240.243
Mozilla 5.0, 
Today: Apr 20, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com