HomeNews Archive2007Arkitek cadang bina terusan
  • PDF
  • Print

Utusan Malaysia, 12/06/2007

.khad1, .khad1:link, .khad1:visited, .khad1:active { color:#3366CC; text-decoration:underline; border-bottom:#3366CC 1px solid; } .khad1:hover { color:#c03; text-decoration:underline; border-bottom:#c03 1px solid; } .khad2, .khad2:link, .khad2:visited, .khad2:hover, .khad2:active, text-decoration:none; border-bottom:none; }

Arkitek cadang bina terusan

KUALA LUMPUR 11 Jun – Seorang arkitek mencadangkan kerajaan membina sebatang terusan di Lembah Klang menghala ke Selat Melaka yang disokong oleh sistem terowong air bagi mengatasi masalah banjir kilat yang semakin meruncing di ibu negara.

Subahir Taib berkata, projek Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) yang mengalirkan air berlebihan dari Sungai Klang ke Sungai Kerayong tidak sesuai dipraktikkan untuk jangka panjang.

Beliau yang merupakan seorang pengurus projek menjelaskan, ini kerana Sungai Kerayong akan melimpah jika ia gagal menampung isipadu air yang berlebihan.

Selain itu, keadaan yang sama berlaku pada kolam bekas lombong yang digunakan sebagai takungan air ketika banjir.

Subahir berpendapat, pembinaan terusan itu amat praktikal dari segi hidrologi dan tidak banyak bezanya daripada konsep tali air atau longkang besar di kampung-kampung yang terbukti merupakan prasarana penting untuk sektor pertanian.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya terusan tersebut dibina bermula di Mimaland, Gombak (yang dahulunya kawasan rekreasi) hingga ke Sungai Besar, Selangor yang akan mengalirkan air terus ke Selat Melaka.

‘‘Terusan itu merentangi Lembah Klang dan dibina dari timur ke barat dengan sokongan pembinaan beberapa sistem terowong air.

‘‘Air berlebihan dari Sungai Kelang akan mengalir masuk ke terowong-terowong hingga tiba di terusan yang akan membawanya terus ke Selat Melaka.

‘‘Walaupun ramai yang akan menganggapnya mengarut kerana ia akan menelan belanja berbilion- bilion ringgit serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan, namun ia jalan penyelesaian yang lebih berkesan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistics of Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1
mod_vvisit_counterYesterday194
mod_vvisit_counterThis week607
mod_vvisit_counterLast week930
mod_vvisit_counterThis month3034
mod_vvisit_counterLast month2904
mod_vvisit_counterAll days2106304

We have: 3 guests online
Your IP: 18.223.171.12
Mozilla 5.0, 
Today: Apr 26, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com