HomeNews Archive2011Terowong SMART dibersih

Terowong SMART dibersih

  • PDF
  • Print

Berita Harian, 24 Mei 2011

Terowong SMART dibersih

PETUGAS membersihkan laluan Terowong SMART, semalam.
PETUGAS membersihkan laluan Terowong SMART, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerja pembersihan dan baik pulih sistem kawalan banjir Terowong SMART yang ditutup kepada lalu lintas mulai jam 6.11 petang Sabtu lalu, sedang giat dijalankan dan hanya akan dibuka semula sebaik mendapat kebenaran Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Ketua Pegawai Operasi Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd, Mohd Fuad Kamal Ariffin, berkata terowong berkenaan diarahkan tutup oleh Pusat Kawalan SMART Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berikutan pelepasan air banjir ke dalam takungan Terowong SMART.

“SMART sekali lagi berjaya menyelamatkan Kuala Lumpur daripada banjir besar dan pengaliran air ke terowong berjalan lancar serta tidak membabitkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Operasi kali ini adalah aliran air paling besar dialirkan ke dalam terowong, berbanding aliran sebelum ini.

“Kita menjangkakan operasi pembersihan mengambil masa empat hingga lima jam bergantung kepada paras air di kolam takungan dan Sungai Kerayong serta keadaan cuaca.

“Selepas itu, kami perlu mendapatkan kelulusan LLM untuk membuka kembali lebuh raya kepada orang awam,” katanya pada sidang media sempena tinjauan khas di terowong berkenaan, di sini, semalam.

Kerja pembersihan dan mengepam air keluar dilakukan oleh 80 pekerja secara manual kerana kaedah itu lebih cepat dan berkesan kerana lumpur yang tebal serta sampah yang banyak hingga memenuhi setiap lampu yang terdapat di sana.
“Status Terowong SMART juga boleh diikuti melalui laman sesawang SMART di www.smarttunnel.com.my.twitter@smarttunnel atau “Smart Tunnel” di laman Facebook dan menghubungi talian bantuan SMART 1300-88-7188,” katanya.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistics of Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday41
mod_vvisit_counterYesterday89
mod_vvisit_counterThis week470
mod_vvisit_counterLast week674
mod_vvisit_counterThis month1967
mod_vvisit_counterLast month2904
mod_vvisit_counterAll days2105237

We have: 2 guests online
Your IP: 3.145.163.58
 , 
Today: Apr 18, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com