Laman UtamaArkib Berita2007Laluan air SMART beroperasi hari ini
  • PDF
  • Cetak
There are no translations available.

Utusan Malaysia, 23 Jun 2007

Laluan air SMART beroperasi hari ini

 

KUALA LUMPUR 22 Jun – Laluan air projek Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) akan mula beroperasi esok, seminggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Ini menepati janji Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah untuk mempercepatkan projek yang sepatutnya siap 30 Jun ini, seperti diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Keizrul berkata, sekiranya hujan lebat seperti 10 Jun lalu melanda Kuala Lumpur sekali lagi esok, terowong itu sudah bersedia melaksanakan fungsinya mengalihkan 90 peratus air dari Sungai Klang daripada membanjiri ibu kota.

“Pintu air ke Masjid Jamek akan ditutup dan aliran air dari Sungai Klang akan dimasukkan ke kolam takungan di Kampung Berembang sebelum disalirkan menerusi terowong SMART ke kolam tadahan di Taman Desa.

“Kita yakin dengan beroperasinya laluan air ini, masalah banjir besar yang melanda ibu kota khususnya di kawasan Masjid Jamek dapat dikurangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Keizrul bagaimanapun menjelaskan masalah itu hanya dapat diatasi sepenuhnya apabila dua kolam takungan banjir di Batu dan Jinjang siap antara September dan Oktober tahun ini.

Pada 11 Jun lalu, Perdana Menteri mengarahkan JPS mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk laluan air SMART yang bernilai RM1.9 bilion dan kolam-kolam takungan terbabit yang masing-masing sebelum ini dijadualkan siap pada 30 Jun dan akhir tahun ini.

Arahan berkenaan adalah berikutan kejadian banjir besar paling buruk dalam tempoh setengah dekad yang melanda kawasan sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek, Sentul dan Kampung Baru sehari sebelum itu.

Terowong dwifungsi untuk jalan raya bertol dan kawalan banjir itu dibina di kawasan yang menjadi pertemuan antara Sungai Ampang dan Sungai Klang bagi mengelak air berlebihan mengalir masuk ke pusat bandar.

Terowong air banjir projek itu sepanjang 9.7 kilometer dengan garis pusat 13.2 meter mengalihkan air dari Sungai Klang di Kampung Berembang, Ampang melalui terowong ke kolam tadahan di Taman Desa, Jalan Klang Lama dan seterusnya dilepaskan secara terkawal ke Sungai Kerayong.

Dalam pada itu, Keizrul berkata, walaupun telah beroperasi mulai esok, pembinaan laluan air itu belum siap sepenuhnya memandangkan pihaknya masih melakukan kerja-kerja pemasangan lampu dan beberapa komponen kecil lain.

Tambah beliau, laluan untuk kereta sepanjang empat kilometer yang dibuka pada 14 Mei lalu akan ditutup kepada kenderaan sekiranya banjir besar sekali lagi melanda ibu negara.

“Laluan kenderaan hanya akan dibuka semula dua hari selepas banjir surut berikutan pihak kami perlu melakukan kerja-kerja pembersihan terlebih dahulu,” katanya.

Dalam hal ini, beliau menasihati orang ramai agar menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah ke dalam sistem saliran bagi mengelak terowong SMART tersumbat.

“Walaupun terowong ini mempunyai perangkap sampah, ia tidak mampu menyekat sampah sekiranya ia dalam kuantiti banyak,” ujarnya.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini153
mod_vvisit_counterSemalam151
mod_vvisit_counterMinggu ini728
mod_vvisit_counterMinggu lepas681
mod_vvisit_counterBulan ini2626
mod_vvisit_counterBulan lepas3480
mod_vvisit_counterKesemua hari2102992

We have: 4 guests online
IP anda: 44.223.40.255
 , 
Hari ini: Mac 29, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com