Laman UtamaArkib Berita2007Hujan luar biasa punca banjir
  • PDF
  • Cetak
There are no translations available.

Utusan Malaysia, 12/06/2007

Hujan luar biasa punca banjir

KUALA LUMPUR 11 Jun – Banjir besar yang melanda Kuala Lumpur malam semalam berpunca daripada taburan hujan luar biasa yang mengakibatkan air dari Sungai Kelang serta Sungai Gombak melimpah dan menenggelami sebahagian besar ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur,

Datuk Ab. Hakim Borhan berkata, banjir itu adalah yang terburuk sejak tahun 2003 dan mengakibatkan beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air sehingga satu meter.

‘‘Taburan hujan sebanyak 720 milimeter (mm) telah dicatatkan ketika hujan selama dua jam di ibu negara itu dan dianggap yang terburuk.

‘‘Air sungai dari kawasan hulu yang banyak menyebabkan air sungai melimpah membawa sampah dan lumpur ke kawasan yang terlibat banjir,’’ katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

Antara kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh, Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.

Dataran Merdeka yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad turut ditenggelami hingga ke paras pinggang.

Menurut beliau, banjir kali ini bukan disebabkan oleh Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) seperti yang didakwa ramai pihak.

‘‘Buat masa ini, terowong SMART hanya dibuka untuk laluan kenderaan manakala terowong laluan air masih belum siap dan akan dibuka pada Ogos ini,’’ ujarnya.

Ditanya tentang persediaan DBKL mengenai amaran ribut petir yang dijangka melanda Semenanjung sepanjang minggu ini, katanya, DBKL telah mengerahkan 400 anggota untuk bersiap sedia sepanjang tempoh tersebut.

Ab. Hakim berkata, DBKL mempunyai peralatan yang mencukupi untuk mengatasi kes kecemasan banjir kilat sekiranya ia berulang.

Tambahnya, DBKL juga akan mengaktifkan sistem amaran banjir sekiranya paras air Sungai Klang telah melebihi paras 30.5 meter.

‘‘Pihak kami telah menempatkan sistem amaran banjir di lima lokasi berbeza di ibu negara sekiranya banjir besar berlaku,’’ katanya.

Menurut beliau, orang awam yang terlibat dengan banjir perlu sentiasa berwaspada dan menyelamatkan dokumen penting milik mereka.

Dalam pada itu, DBKL telah mengambil tindakan membersih semua kawasan yang terbabit dengan banjir terutamanya di kawasan bandar.

Ab. Hakim memberitahu, pihaknya juga akan mengepam air dari kawasan yang masih bertakung akibat air dan membersihkan sampah yang dibawa arus banjir.

‘‘Semua kontraktor DBKL telah diarahkan membersih sampah-sarap dan membaiki kerosakan akibat banjir besar malam tadi.

‘‘DBKL juga akan mengarahkan kontraktor terbabit untuk meninggikan tembok penghadang air yang didapati tidak cukup tinggi bagi menahan limpahan air sungai,’’ ujarnya.

Menurutnya, kawasan yang terjejas teruk akibat banjir ialah Dataran Merdeka terutamanya lot tempat letak kereta di situ.

Selain itu, DBKL juga akan memperbanyakkan rumah pam bagi mengelakkan banjir kilat di beberapa lokasi rendah sekitar ibu negara termasuk kawasan Gombak dan Segambut.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini126
mod_vvisit_counterSemalam55
mod_vvisit_counterMinggu ini247
mod_vvisit_counterMinggu lepas674
mod_vvisit_counterBulan ini1744
mod_vvisit_counterBulan lepas2904
mod_vvisit_counterKesemua hari2105014

We have: 7 guests online
IP anda: 18.217.67.225
 , 
Hari ini: Apr 16, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com