Laman UtamaArkib Berita2007Lihat dahulu keberkesanan terowong SMART – TPM
  • PDF
  • Cetak
There are no translations available.

Utusan Malaysia, 12/06/2007


Lihat dahulu keberkesanan terowong SMART – TPM

KOTA KINABALU 11 Jun – Keberkesanan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) perlu dilihat terlebih dahulu dalam usaha menangani masalah banjir di ibu negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya terowong berkenaan terbukti tidak berupaya mengatasi kejadian banjir, kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan menangani masalah tersebut.

‘‘Kita berharap kesan positif daripada penggunaan terowong SMART nanti apabila dibuka, selepas itu bila ada masalah banjir lagi, kita kena tengok apa lagi kemudahan tambahan yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Teluk Sepanggar, dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir ibu negara semalam yang disifatkan sebagai terburuk sejak 2003 apabila beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air sehingga satu meter.

Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di beberapa jalan utama dan mangsa-mangsa yang terperangkap terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

Antara kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.

Mengulas lanjut, Najib berkata, orang ramai juga perlu bersama-sama bertanggungjawab memastikan sungai dan longkang di ibu negara tidak tersumbat dengan sampah-sarap yang turut menyumbang kepada kejadian banjir.

Tegas beliau, sungai dan longkang bukanlah tempat membuang sampah dan sikap tidak mesra alam itu bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi juga orang lain di ibu negara.

Sementara itu, ditanya mengenai usaha menubuhkan UMNO di Sarawak, beliau berkata, UMNO Pusat tidak pernah mengiktiraf mana-mana pihak untuk menjadi penaja kepada usaha itu.

‘‘Kita tidak iktiraf mana-mana pihak untuk menubuhkan UMNO di Sarawak,” katanya.

Baru-baru ini terdapat dakwaan wujud kumpulan tertentu yang dikatakan mahu membawa masuk UMNO ke negeri itu.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini63
mod_vvisit_counterSemalam89
mod_vvisit_counterMinggu ini492
mod_vvisit_counterMinggu lepas674
mod_vvisit_counterBulan ini1989
mod_vvisit_counterBulan lepas2904
mod_vvisit_counterKesemua hari2105259

We have: 2 guests, 1 bots online
IP anda: 3.145.59.187
 , 
Hari ini: Apr 18, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com