• Cetak
There are no translations available.

Bernama, 21 Mei 2008

Terowong SMART Ditutup


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup kepada semua lalu lintas mulai pukul 5.15 petang Rabu bagi sistem pengoperasian banjir diaktifkan ekoran hujan lebat sejak pukul 4 petang Rabu.

Terowong SMART ditutup oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membolehkan penyaluran air ke kolam-kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di ibu negara berikutan hujan lebat itu.

Sehingga ini, pihak SMART belum dapat memastikan bila terowong itu akan dibuka semula kerana ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Menurut kenyataan SMART, pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi SMART HelpLine di talian 1-300-88-7188.

Terowong SMART secara asasnya berfungsi untuk mengalirkan 90 peratus daripada limpahan air Sungai Klang yang berpunca dari ulu Sungai Klang ke kolam takungan Kampung Berembang, sebelum disalirkan menerusi SMART ke kolam tadahan di Taman Desa di sini.

-- BERNAMA