Laman UtamaArkib Berita2011Terowong SMART selamatkan kawasan daripada banjir

Terowong SMART selamatkan kawasan daripada banjir

  • PDF
  • Cetak
There are no translations available.

Utusan Malaysia, 23 Mei 2011

 

Terowong SMART selamatkan kawasan daripada banjir

 

KUALA LUMPUR 23 Mei – Langkah mengawal paras air di Jambatan Tun Perak melalui sistem kawalan banjir Terowong SMART dapat menyelamatkan kawasan-kawasan yang berisiko daripada dilanda banjir pada Sabtu lepas.

Pengarah Pusat Kawalan SMART (SCC) Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Ir. Low Koon Sing berkata, pada hari berkenaan, Sistem Pengesanan Banjir (FDS) di SCC telah mengesan hujan lebat di kebanyakan kawasan tadahan SMART mulai 5.10 petang hingga 7.15 malam.

"Hujan lebat di seluruh kawasan tadahan hulu Sungai Klang dengan purata antara 75 hingga 97 milimeter dalam tempoh dua jam mengakibatkan paras air di pertemuan Sungai Klang dan Ampang meningkat dengan mendadak sehingga melebihi 39 meter (hampir sama paras jalan raya sekitar 40 meter) dan luahan puncak mencapai 350 meter padu sesaat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan tadahan di pusat bandar raya juga mengalami hujan lebat dengan stesen hujan hulu Sungai Bunus di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Jalan Genting Klang mencatatkan bacaan 83 milimeter manakala stesen hujan Sungai Bunus di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia mencatatkan bacaan 46.5 milimeter.

"Sejumlah 2.5 juta meter padu air telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang bagi mengawal aliran air Sungai Klang ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.

"Luahan tertinggi dicatatan di Kolam Takungan Berembang iaitu 320 meter padu sesaat melimpah memasuki terowong banjir dan kedua-dua ke bawah dan dek atas terowong trafik,” katanya Low berkata status Terowong SMART pada 6.08 petang berada pada operasi Mode 2 dan diikuti dengan status Mode 3 pada lima minit kemudian.

Beliau berkata pihak Pusat Kawalan Trafik Motorway (MCC) menutup jalan dengan mengosongkan bahagian dua tingkat laluan trafik dalam terowong pada 7 malam diikuti dengan operasi Mode 4 pada 7.58 malam.

"Sebagai rujukan, paras tebing Sungai Klang di Jambatan Tun Perak ialah 30.24 meter. Jika paras ini dilebihi, beberapa kawasan tumpuan seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Jalan Tun Perak, Lebuh Pasar, Kampung Baru, Jalan Tun Razak, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, Kompleks Lama Mahkamah, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kampung Melayu Ampang akan ditenggelami air sungai,” katanya.

Koon Sing berkata, segala kesulitan yang dialami pengguna Terowong SMART yang terperangkap dalam kesesakan tersebut amat dikesali. - Bernama

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini42
mod_vvisit_counterSemalam89
mod_vvisit_counterMinggu ini471
mod_vvisit_counterMinggu lepas674
mod_vvisit_counterBulan ini1968
mod_vvisit_counterBulan lepas2904
mod_vvisit_counterKesemua hari2105238

We have: 3 guests online
IP anda: 3.145.12.1
 , 
Hari ini: Apr 18, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com