Laman UtamaArkib Berita2017Putera Mahkota Naruhito Lawat Terowong SMART

Putera Mahkota Naruhito Lawat Terowong SMART

  • PDF
  • Cetak

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama)

Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito hari ini melawat Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dwifungsi sebagai sebahagian daripada lawatan lima hari baginda ke Malaysia.

Semasa lawatan 45 minit itu, Putera Naruhito diberi taklimat mengenai sistem terowong SMART oleh Pengarah Operasi Pusat Kawalan SMART Amiruddin Alaldin.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu pemberita bahawa baginda melahirkan rasa kagum terhadap teknologi yang digunakan dalam sistem saliran air banjir dan struktur jalan, justeru rakyat Malaysia harus berbangga bahawa terowong itu terkenal di peringkat antarabangsa.

"Jika kita melihat kepada Jepun, ia merupakan sebuah negara yang sangat maju tetapi ada perkara yang yang kita boleh tunjukkan kepada mereka terutama dari segi teknologi SMART, katanya.

Terdahulu, ketibaan Putera Naruhito disambut oleh Wan Junaidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Seri Zulkefli Hassan. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang juga Menteri Pengiring.

Dalam ucapan diraja baginda di Universiti Malaya semalam, Putera Naruhito menyifatkan terowong SMART sebagai 'kemudahan yang agak unik di dunia berikutan dwifungsinya yang mengurangkan kesesakan lalu lintas serta sebagai saliran banjir.

Dibuka pada 2007, terowong SMART dapat alirkan sehingga tiga juta meter padu air dan digunakan oleh beribu-ribu kenderaan setiap hari.

Ia terdiri daripada terowong laluan air 9.7 kilometer dan terowong lebuh raya sepanjang tiga kilometer.

Awal hari ini, putera mahkota mengadakan lawatan ke Japanese School of Kuala Lumpur dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya.

Lawatan baginda ini merupakan kemuncak sempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia-Jepun.

-- BERNAMA

 

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini160
mod_vvisit_counterSemalam151
mod_vvisit_counterMinggu ini735
mod_vvisit_counterMinggu lepas681
mod_vvisit_counterBulan ini2633
mod_vvisit_counterBulan lepas3480
mod_vvisit_counterKesemua hari2102999

We have: 3 guests online
IP anda: 54.234.233.157
 , 
Hari ini: Mac 29, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com