Laman UtamaArkib Berita2017Najib Rasmi Projek River Of Life Malam Ini

Najib Rasmi Projek River Of Life Malam Ini

  • PDF
  • Cetak

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merasmikan pelaksanaan fasa satu Projek River of Life (ROL) dan Kolam Biru di Masjid Jamek di sini yang bakal mengubah kualiti air sungai utama di Lembah Klang, daripada tahap tidak selamat kepada tahap selamat untuk kegunaan rekreasi.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa anggota kabinet antaranya Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa,

ROL yang dilancarkan pada 2011 adalah Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dan bakal mengangkat martabat Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Ia bertujuan menghidupkan semula Sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan 'waterfront' berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Fasa satu pengindahan Sungai Presint 7 projek ROL membabitkan kawasan bersejarah seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Pasar Seni yang melibatkan pertembungan dua anak sungai.

Sebagai daya tarikan baharu, satu jambatan pejalan kaki telah dibina untuk menghubungkan Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka sekali gus memendekkan tempoh perjalanan sebanyak 50 peratus.

ROL telah selesai melalui kerja-kerja pembersihan sepanjang 110 kilometer yang meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong.

ROL menggunakan kaedah pembersihan sungai dikenali 'Interceptor system P7' yang akan membantu meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor.

Paip-paip Interceptor akan melencongkan air sisa dan kotoran dari rumah, premis komersial dan bangunan ke loji rawatan untuk dirawat sebelum menyalurkan Kelas IIB (selamat untuk kegunaan rekreasi dan tubuh) ke sungai.

Loji ini berupaya menyediakan persekitaran kondusif secara semula jadi bagi pembiakan mikroorganisma aerobik yang berupaya menyahkan permintaan oksigen biokimia (BOD) 'ammoniacal nitrogen' dan pepejal terampai.

Kolam Biru, ikon baharu Kuala Lumpur pula adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri yang mahu mengoptimumkan potensi kawasan ROL sebagai penggerak ekonomi negara dan menarik lebih ramai pelancong ke kawasan berkenaan.

Pembinaan kolam biru menyediakan pemandangan sungai dengan limpahan cahaya berwarna-warni berserta pancutan air diiringi irama muzik.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam ucapannya berkata projek tersebut mampu menjadi daya penarik baharu bandar raya Kuala Lumpur agar setanding dengan bandar raya terkemuka lain di dunia.

"Ini adalah hasrat peribadi saya dan juga kerajaan untuk menjadikan ibu negara kita bertaraf dunia.

"Sedikit demi sedikit kita tukar wajah bandar raya Kuala Lumpur. Kalau dahulunya sesak kini ada pengangkutan bertaraf dunia seperti MRT, LRT, High Speed Rail.

"Cuba bayangkan dalam tempoh lima hingga enam tahun, bandar raya Kuala Lumpur akan sebaris dengan bandar raya terkemuka lain," katanya.

Najib berkata idea mewujudkan ROL tercetus sewaktu lawatannya ke Stockholm, Sweden selepas beliau melihat kebersihan persekitaran dan projek pengindahan sungai di negara tersebut.

"Bayangkan, ikan trout pun boleh hidup dalam sungai di situ. Kita pun boleh buat, ia tidak mustahil jika kita mampu membersihkan dan mengindahkan lapan sungai sepanjang 110 km yang dijangka siap pada 2020.

"Harus diingat, kawasan ini adalah kawasan kelahiran untuk segala-galanya yang berada di Kuala Lumpur. Ia sangat bersejarah... kerana itu kita perlukan ROL," katanya.

Perdana Menteri berkata usaha untuk mengekalkan keindahan kawasan itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penguatkuasaan yang tegas dan berterusan serta penglibatan orang ramai dan komitmen pemilik bangunan di kawasan sekitar.

Katanya kawasan itu juga mampu menarik pelancong dan menjadi ikon baharu industri pelancongan jika dilengkapi kemudahan tempat makan, istirahat, kebudayaan, kesenian dan pelbagai lagi.

"Jika ada tarikan lain, ada buskers, pelukis, kafe, kita boleh menikmati spageti atau char kuetiau untuk supper (makan malam). Saya percaya ini semua boleh menjadi produk pelancongan," katanya.

-- BERNAMA

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini115
mod_vvisit_counterSemalam109
mod_vvisit_counterMinggu ini539
mod_vvisit_counterMinggu lepas681
mod_vvisit_counterBulan ini2437
mod_vvisit_counterBulan lepas3480
mod_vvisit_counterKesemua hari2102803

We have: 7 guests, 1 bots online
IP anda: 44.204.204.14
 , 
Hari ini: Mac 28, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com