Maklumat Korporat

  • Cetak

Wawasan Pusat Kawalan SMART

Menjadi sebuah pusat kawalan bertaraf dunia dalam pengurusan air larian hujan.

 

Misi Pusat Kawalan SMART

Mengurus ramalan dan amaran banjir serta sistem pengesanan banjir dengan cekap dan berkesan untuk keselamatan serta pengurusan air larian hujan dan trafik dalam terowong bagi meningkatkan kualiti hidup di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Objektif Pusat Kawalan SMART

Mengurangkan masalah banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemantauan Sistem Pengesanan Banjir (FDS), Amaran Banjir serta pengendalian dan penyelenggaraan semua komponen air larian hujan dalam sistem SMART.

 

Piagam

Memaklumkan orang ramai tentang penutupan dan pembukaan semula terowong trafik dalam tempoh 1 jam sebelum penutupan dan pembukaan semula dilaksanakan.

 

Nilai Korporat

"Doing The Right Things, and Doing Things Right"

dengan

KUALITI
INTEGRITI
PRIHATIN


Dasar Q

JPS Malaysia komited terhadap budaya kerja cemerlang yang tertumpu pada perbaikan yang berterusan ke arah kepuasan pelanggan dan pekerja.