Operasi SMART

  • Cetak

Operasi SMART dijalankan '24 jam/7 hari' oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pusat Kawalan SMART (SMART SCC), Kg. Berembang, Ampang.

Manakala, laluan trafik sepanjang 3km daripada 9.7km terowong lencungan banjir, dikendalikan oleh Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMABT) di Pusat Kawalan Trafik SMART(SMART MCC) di Bulatan Kampung Pandan.

Operasi SMART mempunyai 4 mod (tahap) seperti berikut:

Mod 1

  • Semasa cuaca baik atau hujan turun tidak lebat,
  • terowong trafik dibuka untuk laluan trafik masuk dan keluar Kuala Lumpur.

Mod 2

  • berlaku apabila hujan turun dan kadaralir di stesen hidrologi (L4) yang terletak di pertemuan Sg. Klang/Sg. Ampang mencatakan 70m3/s - 150m3/s.
  • air banjir lebihan akan disalur masuk ke takongan sistem SMART dan air hanya mengalir di bahagian bawah (lower drain) terowong. 50 m3/s akan dialirkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
  • terowong trafik masih dibuka untuk laluan trafik

Mod 3

  • berlaku apabila hujan lebat turun dan model ramalan banjir meramalkan kadaralir di L4 melebihi 150 m3/s. Hanya 10 m3/s dialirkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
  • terowong akan dikosongkan daripada kenderaan
  • sekiranya hujan lebat yang turun tidak lama atau atas sebab teknikal lain yang tertentu, air banjir tidak akan disalurkan ke dalam terowong trafik.
  • terowong akan dibuka semula bagi laluan trafik selepas 2 - 8 jam ditutup.

Mod 4

  • berlaku selepas 1 - 2 jam amaran Mod 3 dikeluarkan dan sekiranya hujan lebat masih berterusan
  • terowong trafik akan digunakan untuk laluan air banjir dan akan dibuka semula selepas 4 hari ditutup.

Mod Operasi Terowong SMART