MyMeeting

  • Print
There are no translations available.

TECHNICAL TALK MY MEETING

 

 


Technical Talk My Meeting dikendalikan oleh Bahagian Korporat JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai urusetia dan telah diadakan pada 12 November 2014 di Bilik Mesyuarat Utama. Taklimat ini telah dihadiri seramai 20 orang terdiri dari Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah, Penolong Jurutera dan Pembantu Tadbir Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tujuan utama taklimat ini diadakan ialah bagi memberi pendedahan terhadap penggunaan sistem My Meeting yang akan digunakan secara menyeluruh di JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2015. Puan Maziana Binti Mustafa, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Pengurusan Maklumat JPS Malaysia telah memberi taklimat tersebut.