Home

BANJIR KUALA LUMPUR 12.04.2017

  • PDF
  • Print

BANJIR 12.04.2017

Hujan lebat yang melanda ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota mengalami banjir kilat.

Ketua Pengurusan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata jalan berkenaan ialah Jalan Kuching, Jalan Sentul, Jalan Genting Klang, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak serta Jalan Loke Yew.

Turut terjejas, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Bukit Bintang, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Maarof, Taman Melati, Sungai Besi, Brickfields, Batu Muda Tambahan, Wangsa Maju, Jalan Semantan dan Jalan Tuanku Abd Halim.

Samsol Maarif berkata hujan lebat pada 5.30 petang semalam menyebabkan limpahan air dari saluran longkang akibat tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

"Kawasan yang dinaiki air adalah kawasan rendah dan pihak bomba telah menempatkan 11 pegawai dan anggota untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, beliau berkata terdapat sebatang pokok tumbang di Batu Muda Tambahan yang menghalang lorong utama dari pusat bandar ke kawasan kediaman itu.

"Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan dan jalan itu boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 8 malam ," katanya.

Langkah cegah banjir

Sementara itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan melaksanakan langkah pencegahan banjir lebih komprehensif di Taman Bukit Teratai, Ampang, bagi mengelak banjir di kawasan itu berulang.

Prolintas dalam satu kenyataan semalam, berkata antara langkah akan diambil ialah mendalamkan semula kolam-kolam takungan air sedia ada, menambah baik 'Gabion Wall' serta mengkaji semula kapasiti kolam takungan air sedia ada sebelum 17 April ini.

"Prolintas juga akan mengkaji semula reka bentuk saliran, dan mitigasi jangka panjang yang perlu disiapkan sebelum 15 April ini, serta melakukan pemasangan guni-guni pasir, membersih dan mengemas kini tapak serta memantapkan pasukan penyelamat kecemasan (ERT) sebelum 17 April ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja bakal dilakukan itu akan dipantau Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jawatankuasa Bencana Kerajaan Selangor, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Tadbir Daerah Hulu Langat dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Prolintas juga menghulurkan bantuan dan membantu dalam proses penilaian kerugian yang ditanggung penduduk akibat banjir kilat, kelmarin.

Semalam, kira-kira 15 keluarga di Taman Bukit Teratai yang terletak berhampiran Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) terjejas akibat banjir lumpur berikutan hujan lebat di ibu negara.

Prolintas merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat SUKE.

 

Poll

Adakah Anda Berpuashati Dengan Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh JPSWPKL?
 

Latest Info

Other Links

 



 

 

 

Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com