HomeINOVASILAWATAN PROJEK PEMBERSIHAN DAN PENGINDAHAN SUNGAI MELAKA

LAWATAN PROJEK PEMBERSIHAN DAN PENGINDAHAN SUNGAI MELAKA

  • PDF
  • Print

Pelaporan Aktiviti Inovasi Tahun 2018




LAWATAN PROJEK PEMBERSIHAN DAN PENGINDAHAN SUNGAI MELAKA

 

LAPORAN RINGKAS AKTIVITI

Lawatan Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka telah dijalankan pada 25 Mac 2018 yang disertai seramai 20 orang warga JPS WPKL termasuk pegawai dari PLSK dan SMART. Lawatan ini bermula pada jam 10:00 pagi dimana para peserta berkumpul di Jeti Sungai Melaka (Pakej 1) berhadapan Mydin. Lawatan kami disambut mesra dari pihak JPS Melaka yang diwakili oleh En. Sridaran Raman selaku Jurutera Projek Pejabat Projek Persekutuan Melaka.


ELEMEN INOVASI

Lawatan ini bertujuan bagi melihat sendiri keberkesanan projek pembersihan dan pengindahan sungai Melaka menggunakan sisti loji rawatan air yang menggunakan kosmo ball. Selain itu juga, perkongsian maklumat cara-cara penyelenggaraan sampah di Sungai Melaka ini dilaksanakan yang mungkin boleh diadaptasi dalam projek ROL di sepanjang Sungai Klang menggunakan konsep yang lebih kurang sama. Penyelenggaraan sampah di Sungai Melaka ini dijalankan sekerapnya secara manual, di mana pekerja-pekerja pembersihan akan mensauk sampah-sampah menggunakan alatan khas untuk dinaikkan ke atas bot. Penyelenggaraan tersebut dibuat secara berjadual bagi memastikan Sungai Melaka sentiasa bersih. Loji Rawatan Air pula masih dalam pembinaan. Loji rawatan air ini menggunakan inovasi media seperti kosmo ball sebagai medium (rumah) bakteria untuk rawatan air sungai.


 

 

Poll

Adakah Anda Berpuashati Dengan Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh JPSWPKL?
 

Latest Info

Other Links

 



 

 

 

Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com