Latar Belakang

  • Cetak

Ringkasan Sejarah

Di Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur telah menghadapi beberapa banjir besar yang berlaku pada tahun 1971,1985,1985 dan 1993.Banjir yang terbesar pernah berlaku pada 5 Januari 1971.

Maklumat lanjut kejadian banjir pada Januari 1971 adalah seperti berikut:

1.Luas Kawasan yang terlibat: 122Km2(1,288 Km2)
2. Kedalaman tertinggi air: 4.0 m
3. Tempoh banjir: 5 hari
4. Jumlah penduduk yang terjejas: 180,000 keluarga
5. Anggaran kerugian dialami: RM 35 Milion

Berikutan kejadian banjir pada tahun 1971 pejabat tembatan banjir kuala lumpur telah ditubuhkan untuk mengatasi masalah kejadian banjir di lembah klang.Pada tahun 1978 jabatan pengairan dan saliran wilayah persekutuan telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tambahan yang diperlukan di kuala lumpur.Walau bagaimanapun pada 1 November 1992 Jabatan Pengairan dan saliran wilayah Persekutuan Kuala lumpur telah dinaik taraf kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala lumpur/projek tebatan banjir lembah klang.

Kewujadan Jabatan Pengairan Dan saliran Berkai rapat dengan penanaman padi,agenda nasional untuk menyediakan kawasan baru pengairan.Sehingga 1932 sistem saliran dilaksankan oleh bahagian hidrolik di Jabatan Kerja Raya(JKR).Kewujudan Jabatan Pengairan dan saliran adalah untuk memenuhi keperluan rancangan tanah pertanian yang memerlukan sistem pengairan dan saliran.Sebelum ini Jabatan Pengairan Dan Saliran lebih dikenali sebagai Jabatan Parit Dan Tali Air(JPT).

Pada era tersebut jabatan Pengairan Dan Saliran adalah merupakan sebahagian daripada jabatan yang terletak dibawah Kementerian Pertanian(MOA).Dalam proses penambahan fungsi yang baru seperti kejuruteraan sungai,tebatan banjir,kejuruteraan kawalan pantai dan hidrologi.

Pada tahun 1989 jabatan ini dengan rasminya tetukar nama sebagai Jabatan Pengairan Dan Saliran untuk mengambarkan tugas dan tanggungjawab tambahan seperti pengurusan sumber air.Walau bagaimanapun pada tahun 2004 Jabatan Pengairan Dan saliran telah bertukar kementerian dari Kmenterian pertanian Kepada Kementerian Sumber Asli Dan alam Sekitar sehinggalah kini.

Logo Kami:


Bermula: 1932-1989  Bermula: 1989-1992