Laman UtamaPerihal KamiBahagianBahagian Korporat,Kualiti Dan ICT

Bahagian Korporat,Kualiti Dan ICT

  • PDF
  • Cetak

Fungsi Bahagian

1.SEKSYEN KORPORAT (KORPORAT DAN ICT)

Memantau dan menyelaras aduan awam yang diterima

Memantau kemajuan perbelanjaan projek dan mengemaskini SPP II serta menyediakan laporan kewangan & prestasi projek pelaksanaan ikut format yang ditetapkan.

Mengurus lawatan rasmi dari peserta dalam dan luar negara

Penyediaan Buletin Jabatan

Urusetia Mesyuarat Pagi, JTJPS, RMK10

•      Menjadi Pusat Sumber Maklumat

Mengawalselia data pengambilan balik tanah

Mengemaskini maklumat Sistem PengurusanTanah

Mengurus perwartaan tanah-tanah dan rizab Sungai/ Kolam/ Empangan milik

JPSWPKL

Mengurus dan memantau peruntukan pembangunan termasuk Kajian Separuh Penggal dan RMK10 serta pewartan projek-projek di bawah Pakej Ransangan Ekonomi

Memantau pelaksanaan dan prestasi projek dilaksanakan bagi projek-projek pembangunan Rancangan Pembangunan Malaysia Lima Tahun

Pemantauan Pelan Integriti Nasional, maklumat aduan pelanggan dan penilaian prestasi teknikal dalam mempastikan semua perkhidmatan yang disediakan oleh JPSWPKL menepati kehendak dan keperluan Kerajaan serta pelanggan

penyediaan dan menyelaras kemajuan pelaksanaan projek-projek JPSWPKL di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Lima Tahun dan dipantau selaras dengan arahan Kerajaan untuk menepati Arahan No.1 2004, Majlis Tindakan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia dan pelaksanaan Sistem Pemantauan Projek II (SPPII)

Kualiti, integriti dan prihatin sebagai nilai-nilai murni telah ditetapkan sebagai nilai korporat Jabatan dijalankan dengan giat kepada semua warga JPS WPKL

2.SEKSYEN AUDIT PRESTASI

(KUALITI)

Mengurus aktiviti-aktiviti AKKP, KMK dan Inovasi.

Urusetia Mesyuarat JK Pemandu Q

memfokuskan kepada sistem pengurusan kualiti melalui ISO 9000, sistem pengurusan alam sekitar melalui ISO 14000 dan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui OHSAS 18000. Ini selaras dengan matlamat Jabatan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, memelihara alam sekitar dan mengamal cara kerja selamat

menjalankan penilaian keberkesanan ke atas program-program dan sistem-sistem yang dibangunkan oleh Bahagian

memantau pematuhan kepada Arahan-Arahan Kerajaan dan Pekeliling-Pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memastikan persijilan diteruskan

memastikan aspek alam sekitar diuruskan dengan baik, maka JPS mengadaptasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14000, standard antarabangsa yang diterimapakai secara global

menyelaras semua aktiviti-aktiviti kualiti termasuk KMK dan Inovasi peringkat Jabatan

Penyertaan Anugerah Kualiti Ketua Pengarah setiap dua tahun yang menggunakan kriteria yang sama dengan Anugerah Kualiti Perdana Menteri

Benchmarking juga akan dibuat ke atas objektif-objektif kualiti bagi membandingkan pencapaian sistem-sistem yang diwujudkan di peringkat Negeri, Ibu Pejabat dan Pejabat Projek

menguruskan sistem pengurusan kualiti, sistem pengurusan alam sekitar dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

3.SEKSYEN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Membudayakan ICT di JPS WPKL dengan mengkaji keperluan dan mengesyorkan latihan-latihan yang bersesuaian

Urusetia Mesyuarat JK ICT

Menyediakan Pelan Stategi IT, mengemaskini laman web jabatan dan Laman Infoportal JPS Malaysia.

Mengurus perolehan & pelupusan IT, penyelenggaraan & keselamatan IT

Menyelaras Sistem e-Plan, GIS, SISWA dan Akaun Email pegawai/kakitanagn

Menyelia, menyelaras dan melaksana strategi pembangunan teknologi maklumat & pengurusan data JPSWPKL

Menyelenggara maklumat Sistem PengurusanTanah

Penyertaan Program ATMKP

Membangunkan Sistem Aplikasi mengikut perkembangan semasa

Kerja-kerja pemantauan penyelenggaraan dan keselamatan peralatan ICT yang merupakan harta modal jabatan

mengurus infrastruktur ICT, meliputi lebih 100 buah perkakasan seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, pengimbas, server, workstation dan lain-lain, perisian, rangkaian, kemudahan internet dan e-mel, pengurusan keselamatan ICT dan bantuan sokongan teknikal untuk memastikan perkhidmatan ICT Jabatan berjalan dengan efisien sepanjang masa

Pembangunan, Penyelenggaraan Aplikasi dan GIS

Pengurusan terhadap updates bagi sistem dan juga kekebalan dari ancaman virus

Sistem log perlu dipantau dan diteliti setiap hari untuk memastikan tiada ruang yang terdedah atau unsur ancaman terhadap keselamatan data dan sistem ICT

Mengenalpasti persekitaran dan keperluan bisnes di jabatan serta menjalankan perancangan Pelan Strategik Pengurusan Maklumat dari segi keperluan projek-projek yang sesuai untuk pelaksanaan, peruntukan yang diperlukan dan urusan perbelanjaan serta mengatur program-program untuk pembudayaan ICT Jabatan.

 

Kajian

Adakah Anda Berpuashati Dengan Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh JPSWPKL?
 

Makluman Terkini

INFO WP KUALA LUMPUR

Pautan Lain

Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com