Laman UtamaPerihal KamiPerutusan Pengarah

Perutusan Pengarah JPSWPKL

  • PDF
  • Cetak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya kita dapat melayari laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Laman web ini mula dinaiktaraf pada awal bulan Februari 2013 dan dilancarkan pada April 2013. Ianya diperkenalkan kepada umum atas tujuan untuk memberikan informasi tepat dan terkini berhubung perkembangan, perubahan serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di JPS WP KL. Sesungguhnya penggunaan teknologi terkini terutama bidang informasi dan komunikasi amatlah penting dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian awam dan prestasi sesebuah organisasi malahan dapat membantu mendapat maklumbalas secara terus daripada pelanggan-pelanggan.

Saya bagi pihak warga kerja JPS WP KL merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk melayari laman web rasmi JPS WP KL. Diharap dengan terhasilnya laman web ini, para pengunjung dapat memperoleh maklumat-maklumat yang berkaitan dengan JPS WP KL malahan dapat berkongsi pandangan, idea dan maklumat yang boleh membantu JPS WP KL dalam memberikan perkhidmatan terbaik  kepada para pelanggannya. JPS WP KL akan meneruskan dengan jitu segala perancangan dan pelan tindakan organisasi selaras dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua anggota JPS WP KL atas segala sokongan, komitmen, kesungguhan dan sumbangan mereka dalam memantapkan lagi pentadbiran JPS WP KL. Semoga warga JPS WP KL akan terus bersama-sama mamacu JPS WP KL ke tahap yang lebih cemerlang. Insya-Allah, laman web ini akan sentiasa dikemaskini sebagai salah satu cara mempamer dan menyalur informasi secara berkala tanpa henti.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang akan dan telah melayari laman web JPS WP KL ini. Sokongan, idea dan nasihat daripada anda semua amat kami harapkan dalam usaha untuk menjadikan JPS WP KL sebuah organisasi bertaraf dunia. Insya-Allah.

Terima Kasih

Mohd Azmin bin Hussin

PENGARAH JPS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

 

Kajian

Adakah Anda Berpuashati Dengan Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh JPSWPKL?
 

Makluman Terkini

INFO WP KUALA LUMPUR

Pautan Lain

Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com