Laman UtamaArkib Berita2008SMART berjaya capai matlamat elak banjir
  • PDF
  • Cetak
There are no translations available.

Utusan Malaysia, 29 November 2008

SMART berjaya capai matlamat elak banjir

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk mengelak banjir di sekitar Kuala Lumpur sejak ia mula beroperasi pada tahun lalu.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, orang ramai perlu memahami tindakan pengurusan SMART apabila menutup terowong itu untuk mencegah banjir di sekitar Kuala Lumpur berikutan hujan lebat.

Menurutnya, fungsi mengatasi kesesakan lalu lintas hanya faedah sampingan terutama pada waktu biasa di Bulatan Kampung Pandan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban di Sungai Besi.

Beliau berkata, pada 4 September lalu, terowong SMART ditutup sepenuhnya daripada kegunaan lalu lintas untuk melencongkan air berikutan hujan lebat.

"Setiap kali terowong ditutup, SMART memerlukan dua hingga tiga hari untuk membersih dan membaiki alat-alat yang rosak akibat air yang mengalir di sepanjang terowong.

"Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan ini dan SMART mempunyai peranan penting mencegah berlakunya banjir sejak ia diaktifkan pada tahun lalu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis taklimat eksklusif bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Massa Berhubung Terowong SMART di Pusat Kawalan SMART Jalan Ampang di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sejak 2007, SMART telah digunakan sebanyak 59 kali untuk melencongkan air dari Sungai Klang berikutan hujan lebat.

Pada 22 Mac 2007 jelasnya, SMART telah berjaya melencongkan sebanyak 1.2 juta meter padu air dan jika tidak dilakukan, Kuala Lumpur mungkin dilanda banjir.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini13
mod_vvisit_counterSemalam233
mod_vvisit_counterMinggu ini852
mod_vvisit_counterMinggu lepas930
mod_vvisit_counterBulan ini3279
mod_vvisit_counterBulan lepas2904
mod_vvisit_counterKesemua hari2106549

We have: 3 guests, 1 bots online
IP anda: 18.218.38.125
Mozilla 5.0, 
Hari ini: Apr 27, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com