HomeNews Archive2007SMART ditutup selepas hujan lebat
  • PDF
  • Print
Utusan Malaysia, 14 November 2007

SMART ditutup selepas hujan lebat

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) ditutup malam ini bagi kerja-kerja pengalihan limpahan air ekoran hujan lebat di sekitar Lembah Klang petang ini.

Pengarah Smart, John Abrahem berkata, terowong itu ditutup pada pukul 7 malam apabila air dalam kolam takungan di Kampung Berembang melebihi paras bahaya yang memaksa ia dialirkan melalui terowong tersebut.

Langkah itu bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat di ibu negara ekoran hujan lebat tersebut.

" Bagaimanapun ia hanya ditutup sementara, apabila air mulai surut kerja-kerja pembersihan dilakukan termasuk pemeriksaan mekanikal dan elektrik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ini merupakan kali ketika terowong itu ditutup sejak ia mula beroperasi pada 14 Mei lalu.

Penutupan terowong itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di ibu negara.

Abraham berkata, jika terowong itu tidak ditutup, dikhuatiri limpahan air tersebut akan menyebabkan banjir.

"Air dalam takungan itu terpaksa dilepaskan untuk mengelakkan limpahan,"katanya.

Terowong SMART secara asasnya berfungsi untuk mengalirkan 90 peratus daripada limpahan air Sungai Klang yang berpunca dari ulu Sungai Klang ke kolam takungan Kampung Berembang, sebelum disalirkan menerusi SMART ke kolam tadahan di Taman Desa.

Projek bernilai RM1.9 bilion itu yang mula dilaksanakan pada Januari 2003 terdiri daripada satu tingkat laluan air sejauh 10 kilometer dan dua tingkat laluan trafik, iaitu satu laluan menghala ke pusat bandar raya dan satu lagi laluan keluar.

 

EKSA

 

Statistik Mod 2020

Mod 2B: 21

Mod 2: 21

Mod 3: 5

Mod 4: 1

Jumlah Mod :48

7 Oktober 2020

 

Statistics of Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday29
mod_vvisit_counterYesterday118
mod_vvisit_counterThis week514
mod_vvisit_counterLast week1053
mod_vvisit_counterThis month147
mod_vvisit_counterLast month3847
mod_vvisit_counterAll days2107264

We have: 2 guests online
Your IP: 3.146.105.137
Mozilla 5.0, 
Today: May 02, 2024
Free Joomla 1.5 Templates by JoomlaShine.com